Kota Seriemas Kini Dilengkapi Unifi
Apa itu UniFi?
UniFi adalah
servis 3 dalam 1 atau “triple play” yang mengandungi Jalurlebar berkelajuan
tinggi (HSBB – High Speed Broadband), HyppTV (satu jenis IPTV) dan panggilan
suara (voice call) untuk penggunaan kediaman. UniFi menawarkan 2 servis atau
“dual play), iaitu Jalurlebar (HSBB) dan panggilan suara (voice) untuk
penggunaan bisnes.
Apa pakej yang ditawarkan oleh UniFi?
Buat masa
ini, ada 3 jenis pakej UniFi untuk pengguna kediaman dan 5 jenis untuk bisnes.
- Kediaman:
- VIP 5: kelajuan muat turun sehingga 5Mb – RM 149 sebulan
- VIP 10: kelajuan muat turun sehingga 10Mb – RM 199 sebulan
- VIP 20: kelajuan muat turun sehingga 20Mb – RM 249 sebulan
Setiap pakej diatas mengandungi:
suara, internet dan HyppTV
- Bisnes
- BIZ 5 (IP Dinamik): kelajuan muat turun sehingga 5Mb – RM 199 sebulan
- BIZ 10 (IP Dinamik): kelajuan muat turun sehingga 10Mb – RM 289 sebulan
- BIZ 20 (IP Dinamik): kelajuan muat turun sehingga 20Mb – RM 359 sebulan
Setiap pakej diatas mengandungi:
plan panggilan yang menarik, internet berkelajuan tinggi dan servis tambah
nilai yang lain.
Apakah perbezaan antara HyppTV (IPTV) dan TV
satelit?
HyppTV
disalurkan melalui rangkain jalurlebar dan bukan dari satelit ke stesen bumi.
Kebaikan HyppTV jika dibandingkan dengan TV satelit, adalah siaran tidak akan
diganggu oleh cuaca yang kurang memuaskan. Model harga HyppTv adalah jenis “On
Demand”, pelanggan hanya bayar saluran, filem atau siri drama yang mereka
hendak tontoni dan bukan 1 pakej dengan harga tetap bulanan.
Bagaimanakah UniFi akan memanfaatkan saya?
UniFi akan
memberikan pengalaman yang lebih memuaskan kepada pengguna dengan kelajuan
internet yang lebih tinggi, pelbagai pilihan hiburan, plan panggilan suara
dengan harga yang menarik dan penyambungan yang stabil. UniFi membolehkan
pengguna untuk membeli belah secara online, kerja di rumah, berinteraksi dengan
komuniti siber dan mengalami hiburan bermutu tinggi pada setiap masa.
Bagaimana saya boleh tahu samada alamat adalah
dalam kawasan liputan UniFi?
Sila isi
alamat anda disini
untuk pertanyaan liputan
perkhidmatan uniFi.
Bagaimana saya boleh melanggani UniFi?
Sila membuat
pendaftaran online
dengan pautan ini.
Berapa lamakah kontrak langganan UniFi?
UniFi perlu
dilanggankan untuk tempoh tidak kurang daripada 24 bulan.
Berapakah kos pemasangan UniFi?
Pemasangan
UniFi dikenakan fi RM200 dan tiada deposit diperlukan. Pemasangan adalah percuma
dalam tempoh promosi.
Adakah peralatan perlu disewa dari UniFi?
Peralatan
yang bernilai RM800 akan diberikan secara percuma kepada
pelanggan UniFi.
Apakah bayaran bulanan langganan UniFi?
Fi bulanan
yang dikenakan bergantung kepada pakej UniFi yang didaftarkan. Selain daripada
itu, bayaran akan dikenakan kepada panggilan telefon yang tidak masuk dalam
plan panggilan suara percuma. Servis tambah nilai akan dikira berasiangan.
Berapa lamakah pemasangan UniFi akan dijalankan?
Pemasangan
UniFi biasanya akan mengambil masa 4 ke 8 jam bergantung kepada jenis premis.
proses pemasangan mengandungi aktiviti kajian tapak, pemasangan saluran wayar,
kerja paip, kerja elektrik dan konfigurasi peralatan UniFi
Adakah pihak TM mengizinkan pelanggan menlantik
kontraktor persendirian untuk dawaian dalaman?
Pelanggan
boleh menggunakan kontraktor sendiri untuk kerja dawaian dalam. Tetapi pihak TM
tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan yang tinbul sebab kerja
pendawaian oleh pihak ketiga.
Adakah bil berlaianan untuk perkhidmatan yang
dimasukkan dalam pakej UniFi?
Semua
perkhidmatan yang ditawarkan oleh UniFi akan dikenakan dalam satu bil.
Perkhidmatan yang dikekalkan selepas langganan UniFi (contohny, Streamyx,
Business Broadband, TM Homeline / Businessline), customers akan menerima bil
yang berlainan.
Adakah UniFi mengamalkan Polici Penggunaan Adil
(FUP – Fair Usage Policy)?
Semua pakej
kediaman UniFi (VIP) adalah dikenakan FUP untuk memastikan semua pengguna akan
dapat perkhidmatan yang memuaskan.
Apakah penggunaan muat turun maksima bulanan?
- Pakej VIP5 – 60GB
- Pakej VIP10 – 90GB
- Pakej VIP20 – 120GB
Had muat
turun hanya akan dilaksanakan selepas notis lanjut. Tiada had muat turun untuk
pakej bisnes (BIZ)
Bolehkah pakej UniFi di naik / turun taraf
(upgrade/downgrade)?
Pelanggan
diizinkan menaik taraf (upgrade) kepada pakej yang berharga lebih tinggi pada
bila-bila masa. Untuk turun taraf (downgrade), fi sejumlah RM200 akan dikenakan
(tertakluk kepada perubahan semasa) Untuk kes naik/turun taraf, kontrak baru 24
bulan akan dimulakan dari tarikh pengaktifan pakej yang baru.
Apakah perlu dibuat jika peralatan UniFi rosak?
Pelanggan
boleh panggil TM UniFi Centre (1-300-88-1221) jika ada masalah peralatan. Alat
yang rosak akan digantikan dengan yang baru jika disebabkan kilang pembuatan
dan juga masih dalam tempoh jaminan. Pelanggan perlu memberi peralatan baru
jika kerosakkan adalah tidak berkaitan dengan TM atau dalam luar tempoh
jaminan.
Bilakah bil pertama akan dikeluarkan selepas
pengaktifan UniFi?
Bil yang
pertama dijangka akan dikeluarkan dalam masa lebih kurang sebulan selepas
pengaktifan UniFi. Bil yang pertama juga mengandungi satu bulan bayaran depan.
Dimanakah bil UniFi boleh dibayar?
Sila rujuk
ke panduan ini.
Ada apakah penalti untuk pembatalan UniFi?
Untuk
pembatalan sebelum kontrak berakhir (24 bulan), pelanggan akan dikenakan
penalti sejumlah RM500. Pelanggan dikehendaki untuk membuat bayaran
penuh bil sebelum pembatalan.
Bolehkah perkhidmatan UniFi dipindahkan kealamat
lain? Berapakah kos untuk pemindahan?
Pelanggan boleh buat permintaan untuk memindahkan perkhidmatan UniFi ke
alamat lain melalui cawangan TMpoint selagi kawasan baru adalah dalam liputan
UniFi. Kos pemindahan adalah RM300.
No comments:
Post a Comment