Info


Kota Seriemas Kini Dilengkapi Unifi

Apa itu UniFi?
UniFi adalah servis 3 dalam 1 atau “triple play” yang mengandungi Jalurlebar berkelajuan tinggi (HSBB – High Speed Broadband), HyppTV (satu jenis IPTV) dan panggilan suara (voice call) untuk penggunaan kediaman. UniFi menawarkan 2 servis atau “dual play), iaitu Jalurlebar (HSBB) dan panggilan suara (voice) untuk penggunaan bisnes.

Apa pakej yang ditawarkan oleh UniFi?
Buat masa ini, ada 3 jenis pakej UniFi untuk pengguna kediaman dan 5 jenis untuk bisnes.
  1. Kediaman:
    • VIP 5: kelajuan muat turun sehingga 5Mb – RM 149 sebulan
    • VIP 10: kelajuan muat turun sehingga 10Mb – RM 199 sebulan
    • VIP 20: kelajuan muat turun sehingga 20Mb – RM 249 sebulan
Setiap pakej diatas mengandungi: suara, internet dan HyppTV
  1. Bisnes
    • BIZ 5 (IP Dinamik): kelajuan muat turun sehingga 5Mb – RM 199 sebulan
    • BIZ 10 (IP Dinamik): kelajuan muat turun sehingga 10Mb – RM 289 sebulan
    • BIZ 20 (IP Dinamik): kelajuan muat turun sehingga 20Mb – RM 359 sebulan
Setiap pakej diatas mengandungi: plan panggilan yang menarik, internet berkelajuan tinggi dan servis tambah nilai yang lain.

Apakah perbezaan antara HyppTV (IPTV) dan TV satelit?
HyppTV disalurkan melalui rangkain jalurlebar dan bukan dari satelit ke stesen bumi. Kebaikan HyppTV jika dibandingkan dengan TV satelit, adalah siaran tidak akan diganggu oleh cuaca yang kurang memuaskan. Model harga HyppTv adalah jenis “On Demand”, pelanggan hanya bayar saluran, filem atau siri drama yang mereka hendak tontoni dan bukan 1 pakej dengan harga tetap bulanan.

Bagaimanakah UniFi akan memanfaatkan saya?
UniFi akan memberikan pengalaman yang lebih memuaskan kepada pengguna dengan kelajuan internet yang lebih tinggi, pelbagai pilihan hiburan, plan panggilan suara dengan harga yang menarik dan penyambungan yang stabil. UniFi membolehkan pengguna untuk membeli belah secara online, kerja di rumah, berinteraksi dengan komuniti siber dan mengalami hiburan bermutu tinggi pada setiap masa.

Bagaimana saya boleh tahu samada alamat adalah dalam kawasan liputan UniFi?
Sila isi alamat anda disini untuk pertanyaan liputan perkhidmatan uniFi.

Bagaimana saya boleh melanggani UniFi?
Sila membuat pendaftaran online dengan pautan ini.

Berapa lamakah kontrak langganan UniFi?
UniFi perlu dilanggankan untuk tempoh tidak kurang daripada 24 bulan.

Berapakah kos pemasangan UniFi?
Pemasangan UniFi dikenakan fi RM200 dan tiada deposit diperlukan. Pemasangan adalah percuma dalam tempoh promosi.

Adakah peralatan perlu disewa dari UniFi?
Peralatan yang bernilai RM800 akan diberikan secara percuma kepada pelanggan UniFi.

Apakah bayaran bulanan langganan UniFi?
Fi bulanan yang dikenakan bergantung kepada pakej UniFi yang didaftarkan. Selain daripada itu, bayaran akan dikenakan kepada panggilan telefon yang tidak masuk dalam plan panggilan suara percuma. Servis tambah nilai akan dikira berasiangan.

Berapa lamakah pemasangan UniFi akan dijalankan?
Pemasangan UniFi biasanya akan mengambil masa 4 ke 8 jam bergantung kepada jenis premis. proses pemasangan mengandungi aktiviti kajian tapak, pemasangan saluran wayar, kerja paip, kerja elektrik dan konfigurasi peralatan UniFi

Adakah pihak TM mengizinkan pelanggan menlantik kontraktor persendirian untuk dawaian dalaman?
Pelanggan boleh menggunakan kontraktor sendiri untuk kerja dawaian dalam. Tetapi pihak TM tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan yang tinbul sebab kerja pendawaian oleh pihak ketiga.

Adakah bil berlaianan untuk perkhidmatan yang dimasukkan dalam pakej UniFi?
Semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh UniFi akan dikenakan dalam satu bil. Perkhidmatan yang dikekalkan selepas langganan UniFi (contohny, Streamyx, Business Broadband, TM Homeline / Businessline), customers akan menerima bil yang berlainan.

Adakah UniFi mengamalkan Polici Penggunaan Adil (FUP – Fair Usage Policy)?
Semua pakej kediaman UniFi (VIP) adalah dikenakan FUP untuk memastikan semua pengguna akan dapat perkhidmatan yang memuaskan.

Apakah penggunaan muat turun maksima bulanan?
  1. Pakej VIP5 – 60GB
  2. Pakej VIP10 – 90GB
  3. Pakej VIP20 – 120GB
Had muat turun hanya akan dilaksanakan selepas notis lanjut. Tiada had muat turun untuk pakej bisnes (BIZ)

Bolehkah pakej UniFi di naik / turun taraf (upgrade/downgrade)?
Pelanggan diizinkan menaik taraf (upgrade) kepada pakej yang berharga lebih tinggi pada bila-bila masa. Untuk turun taraf (downgrade), fi sejumlah RM200 akan dikenakan (tertakluk kepada perubahan semasa) Untuk kes naik/turun taraf, kontrak baru 24 bulan akan dimulakan dari tarikh pengaktifan pakej yang baru.

Apakah perlu dibuat jika peralatan UniFi rosak?
Pelanggan boleh panggil TM UniFi Centre (1-300-88-1221) jika ada masalah peralatan. Alat yang rosak akan digantikan dengan yang baru jika disebabkan kilang pembuatan dan juga masih dalam tempoh jaminan. Pelanggan perlu memberi peralatan baru jika kerosakkan adalah tidak berkaitan dengan TM atau dalam luar tempoh jaminan.

Bilakah bil pertama akan dikeluarkan selepas pengaktifan UniFi?
Bil yang pertama dijangka akan dikeluarkan dalam masa lebih kurang sebulan selepas pengaktifan UniFi. Bil yang pertama juga mengandungi satu bulan bayaran depan.

Dimanakah bil UniFi boleh dibayar?
Sila rujuk ke panduan ini.

Ada apakah penalti untuk pembatalan UniFi?
Untuk pembatalan sebelum kontrak berakhir (24 bulan), pelanggan akan dikenakan penalti sejumlah RM500. Pelanggan dikehendaki untuk membuat bayaran penuh bil sebelum pembatalan.

Bolehkah perkhidmatan UniFi dipindahkan kealamat lain? Berapakah kos untuk pemindahan?
Pelanggan boleh buat permintaan untuk memindahkan perkhidmatan UniFi ke alamat lain melalui cawangan TMpoint selagi kawasan baru adalah dalam liputan UniFi. Kos pemindahan adalah RM300.

No comments:

Post a Comment